JAKARTA – Seorang wanita tidak dapat menahan diri daripada menyerang kekasih gelap suaminya setelah mereka ditangkap berlaku curang walaupun baru lima bulan mendirikan rumah tangga, lapor laman berita Suara.com.
Klip video mengenainya dimuat naik ke akaun Intagram bernama @lambe_terviral.
Ketika kejadian, wanita yang dikenali sebagai Rina dari bandar Cilegon, wilayah Banten itu dilihat cuba menyerang seorang wanita yang berada di dalam sebuah rumah.
“Kau ni anjing, kesian anak aku,” jerit Rina.
Rina terus menarik rambut wanita yang duduk di atas katil yang disyaki sebagai perosak rumah tangganya.
Bagaimanapun, suaminya bertindak menghalang dengan menariknya ke penjuru rumah berkenaan.
Menurut kakaknya, Gita mereka baru sahaja mendirikan rumah tangga selama lima bulan.
Netizen mula membanjiri ruangan komen.
“Kenapa tak bawa cili saja kak, baling dekat mereka,” tulis seorang netizen. – Agensi