fbpx

Banjir: KPLB terima 300 permohonan pembaikan, bina baharu rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerima lebih 300 permohonan dan semakan kelayakan untuk pembaikan dan bina baharu rumah pasca banjir di bawah Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia.

Permohonan tersebut diterima KPLB di Pusat Sehenti Tabika Kemas, Bukit Changgang, Kuala Langat, Selangor.

Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun berkata, Pusat Sehenti itu dibuka tiga hari bermula hari ini bagi menyediakan saluran yang memudah cara mangsa banjir mendaftar kelayakan melalui borang yang disediakan.

Katanya, borang itu kemudiannya akan diserahkan kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana, PKOB Daerah untuk diperakui Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).

“KPLB mengambil inisiatif ini untuk membantu melicin dan mempercepatkan proses pendaftaran dalam menyegerakan bantuan kepada mangsa banjir yang layak.

“Kementerian memperuntukkan RM50 juta di bawah Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia dengan kadar bantuan RM15,000 untuk kerja-kerja pembaikan rumah, RM56,000 untuk membina baharu di Semenanjung dan RM68,000 untuk bina baharu di Sabah dan Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, KPLB juga telah memulakan kerja-kerja pembaikan Sabtu lalu membabitkan sembilan buah rumah mangsa banjir di Negeri Sembilan iaitu Kuala Klawang, Chennah dan Jelebu manakala empat di Pahang iaitu di Mentakab dan Temerloh.

Setakat ini, KPLB telah menerima jumlah 1,879 unit rumah untuk baik pulih di kawasan banjir seluruh negara manakala 165 adalah untuk bina baharu rumah,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI