fbpx

Pasca banjir: SPM diteruskan seperti dijadual bermula Isnin ini – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina bercakap kepada media selepas Pelepasan Konvoi Misi Bantuan Banjir Pantai Timur di kediaman rasmi menteri, hari ini. FOTO - FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan diteruskan seperti dirancang bermula Isnin ini biarpun ada beberapa negeri terjejas akibat banjir baru-baru ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, peperiksaan SPM dijadual bermula 8 Januari ini hingga 7 Mac depan.

Beliau berkata, setakat ini, sekolah yang terjejas akibat banjir baru-baru ini sudah dipulihkan terutama di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“SPM 2023 akan berjalan seperti dirancang dan akan diteruskan seperti dijadualkan,” katanya pada ketika ditemui selepas melancarkan Misi Bantuan Banjir Pantai Timur anjuran Wanita Keadilan, di sini hari ini.

Katanya, pihaknya telah melakukan persiapan awal bagi menghadapi bencana banjir termasuk oleh Lembaga Peperiksaan (LP) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Fadhlina berkata, setakat ini, tiada calon SPM terjejas termasuk bencana banjir terbaharu melanda beberapa daerah di Johor semalam.

Menurutnya, jika ada calon terjejas, pihaknya akan segera bertindak malah, sudah ada pengalaman mengurus calon-calon SPM ketika banjir sebelum ini.

“Mungkin yang susah sedikit dan terputus jalan akibat banjir, kita akan mendapatkan bantuan daripada agensi kerajaan untuk membawa calon ke tempat peperiksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI