fbpx

7 termasuk ahli perniagaan berlagak marsyal didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EZY Affandy Mohd. Harif (baju hitam putih) dan rakannya, Mohammad Zaini Mohamed didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menghalang lalu lintas. FOTO : MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

PORT DICKSON – Tindakan tujuh lelaki yang berlagak sebagai marsyal sehingga menghalang lalu lintas akhir tahun lalu membawa padah apabila kesemua mereka didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Ezy Effandy Mohd. Harif, 46, yang merupakan ahli perniagaan bersama rakannya, Mohammad Zaini Mohamed, 50, ejen insurans, didenda RM1,500 oleh pihak mahkamah selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memotong kenderaan lain ketika berada di garisan berkembar.

Majistret V.Vanita turut menetapkan hukuman empat bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda dan kedua-dua mereka diwakili peguam Eric Yeow Kok Heng dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Mengikut pertuduhan, kedua-dua lelaki itu yang menunggang motosikal berkuasa tinggi didapati telah memotong kenderaan lain di laluan jalan raya bergarisan kembar yang bertentangan dengan Kaedah-Kaedah Lalulintas 167/59(Kaedah 12(3)(A) – (Kesalahan di garisan berkembar).

Kesalahan itu dilakukan pada pukul 11.10 pagi di Sungai Raya – Tanjung Agas, di sini pada 5 Disember 2021.

Sehubungan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan dibaca bersama Seksyen 128(1) akta yang sama, jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan bagi kesalahan pertama.

Dalam prosiding sama, kedua-dua Orang Kena Saman (OKS) bagaimanapun, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu menimbulkan ketidakselesaan dan aksesori kenderaan mereka boleh menyebabkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN