fbpx

Penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebatang pokok tumbang menimpa seorang penunggang motosikal di Bayan Baru, George Town malam tadi.

GEORGE TOWN – Seorang penunggang motosikal dilaporkan mengalami kecederaan apabila dihempap sebatang pokok yang tumbang di Jalan Tengah, Bayan Baru di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, mangsa yang belum dikenalpasti identiti dikatakan sedang menunggang motosikal jenis Honda EX5 sebelum dihempap sebatang pokok di laluan berkenaan.

Lokasi berkenaan merupakan laluan alternatif atau jalan singkat menghala ke Jalan Sultan Azlan Shah dari arah Bukit Gedung.

Jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 11.31 malam dan tiba ke situ kurang 10 minit kemudian.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi berkenaan, pihaknya mendapati kejadian turut melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipercayai diletakkan pemiliknya di kawasan berhampiran.

“Penunggang motosikal yang dilaporkan mengalami kecederaan terlebih dahulu dibawa orang awam ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Anggota telah menjalankan kerja-kerja memotong pokok menggunakan peralatan khas sebelum operasi ditamatkan sejam kemudian,” katanya hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI