fbpx

4 juta pelajar memulakan sesi persekolahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KPM akan mengembalikan semula sesi persekolahan kepada Januari pada 2026, berbanding Mac yang dilaksanakan sejak tahun 2022 susulan pandemik Covid-19. - GAMBAR HIASAN

KLANG – Seramai empat juta pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara telah memulakan sesi persekolahan bagi penggal ketiga, 2021/2022.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, ini melibatkan 1.2 juta pelajar dari kumpulan A yang memulakan sesi persekolahan semalam dan 2.8 juta pelajar bagi kumpulan B pada hari ini.

Katanya, di Selangor sahaja melibatkan pelajar sekolah menengah seramai 264,201 manakala sekolah rendah termasuk pra sekolah (446,816).

“Senarai sekolah yang belum dibuka akibat banjir akan dikemas kini setiap rabu bagi membolehkan sekolah terlibat memulakan pengoperasian bagi minggu seterusnya.

“Apabila sekolah itu keluar daripada senarai, maknanya pada Ahad atau Isnin (minggu seterusnya) boleh dibuka bergantung sama ada mereka berada dalam kumpulan A atau B.

“Situasi banjir ini amat dinamik dengan sesebuah sekolah boleh dibuka dan tiba-tiba air naik dan itu secara automatik (sekolah tutup). Justeru, tindakan awal akan dilakukan bagi memaklumkan ibu bapa (penutupan sekolah),” katanya selepas meninjau Sekolah Kebangsaan (SK) Meru, Kapar hari ini.

Berhubung dakwaan pilihan pertukaran tempat terhad dalam sistem pengurusan pertukaran dan penempatan guru (e-GTukar), Radzi menjelaskan pihaknya akan sentiasa menambah baik sistem tersebut.

“Kita mengambil kira pandangan bila kata (guru) diberi pilihan tiga negeri (bagi pertukaran melibatkan negeri), maka mereka terpaksa pilih tiga negeri sedangkan mereka hanya ingin pindah satu negeri. Begitu juga melibatkan perpindahan melibatkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sebagainya

“Untuk pertukaran antara negeri walaupun hanya dinyatakan satu PPD bagi setiap negeri, sistem akan melihat PPD mana terdekat dengan PPD dipilih oleh pemohon,” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI