fbpx

TNB tawar pilihan tukar nama kepada pemilik premis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menawarkan pilihan kepada pemilik premis untuk
membuat Pertukaran Nama Akaun (Change of Tenancy atau COT) ke atas nama penyewa dalam tempoh penyewaan.

Menurut Ketua Pegawai Retail TNB, Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata, ia bagi memastikan pengurusan akaun yang lebih teratur selain menjaga kepentingan pemilik premis.

“TNB memberi kemudahan untuk membuat COT melalui portal myTNB di www.mytnb.com.my atau dengan mengunjungi Kedai Tenaga yang berdekatan.

“Maklumat dan dokumen sokongan yang diperlukan bagi pertukaran nama juga boleh diperoleh di portal myTNB,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Megat Jalaluddin, pemilik premis masih boleh memantau penggunaan dan pembayaran bulanan penyewa dari semasa ke semasa melalui portal dan aplikasi myTNB.

“Cadangan tersebut juga boleh mengurangkan risiko pemilik premis terpaksa menanggung hutang bil elektrik penyewa.

“Pada masa yang sama, kami sentiasa membuka ruang kepada pengguna untuk berjumpa bagi mendapatkan penerangan dan perbincangan lanjut.” jelasnya.

Sementara itu, pihak pengguna juga digalakkan untuk menghubungi TNB CareLine di talian 1 300 88 5454 bagi sebarang pertanyaan atau menempah janji temu untuk ke Kedai Tenaga di https://www.mytnb.com.my/tnbtemujanji. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI