fbpx

Pulih semangat selepas jatuh, pekasam daging raih RM2.8 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Premis Hakak Maneh yang menjual produk pekasam daging berbanding sebelum ini yang beroperasi dari rumah.

SHAH ALAM – Bukan sahaja terkesan akibat Covid-19, negara dikejutkan pula dengan tragedi banjir pada penghujung 2021.

Situasi itu mengakibatkan semangat pasukan Hakak Maneh yang menjual produk pekasam daging seolah-olah surut bersama air banjir.

“Dugaan paling besar apabila semangat pasukan jatuh akibat terkesan dengan pandemik Covid-19 dan terlibat pula dengan banjir, tetapi saya segera fokus untuk berusaha memulihkan semangat pasukan,” kongsi pengasas Putra Afiq Global Sdn. Bhd., Balkis Mohd. Soib.

Beliau sentiasa memastikan pasukannya dapat menjana pendapatan supaya mereka dapat survive. Hasilnya, pada 2021, Hakak Maneh melakar banyak kejayaan.

“Daripada bangunan dua lot, jadi tiga lot, daripada pasukan 1,500, menjadi 2,800 orang, daripada pekerja 15, kini sudah 24 orang.

“Malah jualan pekasam pada 2021 mencatat 253,078 pek berbanding 50 pek ketika bermula dari rumah pada 2018,” ujarnya.

Meskipun menempoh pelbagai cabaran, jualan Hakak Maneh pada 2021 mencapai RM2.8 juta.

“Pada 2022, kita mahu membantu lebih ramai suri rumah dengan pendapatan RM1,000 sebulan dan kita nak melahirkan lebih ramai jutawan,” ujar Balkis.

Ditanya resepi kejayaannya, Balkis berkata, Hakak Maneh lahir daripada bimbingan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman bersama RichWorks International Sdn. Bhd.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI