fbpx

Arab Saudi peruntuk 34 laluan tawaf di Masjidil Haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jemaah umrah melaksanakan tawaf di sekeliling Kaabah di Masjidil Haram pada 4 Oktober 2020. – AFP

RIYADH – Presidensi Umum bagi Hal Ehwal Dua Masjid Suci memperuntukkan 34 laluan di kawasan tawaf untuk kegunaan jemaah umrah selepas melaksanakan semula langkah-langkah pencegahan penularan wabak Covid-19 di Masjidil Haram, lapor akhbar Saudi Gazette kelmarin.

Pengarah Pentadbiran Perancangan Orang Awam, Ayman Falamban berkata, pelan yang perlu juga telah dirangka bagi memberi kemudahan kepada jemaah untuk melaksanakan ibadah umrah mengikut masa-masa tertentu.

Ia termasuk dengan meletakkan pelekat penjarakan fizikal pada laluan-laluan tersebut bagi memastikan jemaah mematuhi standard penjarakan fizikal yang ditetapkan.

“Kami komited untuk melaksanakan semua standard keselamatan dan kualiti bagi pelawat di Masjidil Haram dengan menetapkan prosedur-prosedur seperti penjarakan fizikal dan penggunaan beberapa laluan tawaf.

“Ia adalah bagi menambah baik tahap perkhidmatan yang ditawarkan ketika musim umrah, dan dalam masa sama menegaskan semula kepentingan jemaah untuk mematuhi penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN