fbpx
TAMAN Safari Nasu ditutup buat sementara waktu disebabkan insiden serangan seekor harimau benggala pada Rabu lalu. – KyodoNews/ Avalon

Penjaga zoo putus tangan digigit harimau benggala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO – Tangan seorang penjaga zoo cedera digigit oleh seekor harimau yang terlepas sebelum ia menyerang dua kakitangan lain di sebuah taman safari di Tokyo, lapor akhbar The Sun semalam.

Harimau benggala itu ditemui berkeliaran di luar kandangnya di Taman Safari Nasu apabila kakitangan tersebut tiba kira-kira pukul 7.30 pagi (waktu tempatan) pada Rabu lalu.

Haiwan seberat 150 kilogram itu tidak dipagar di dalam kandang dengan betul pada malam sebelumnya, lapor agensi berita Kyodo.

Tiga kakitangan zoo yang kembali keesokan pagi untuk mencari haiwan itu di koridor menuju ke kawasan pameran diserang secara kejam dengan seorang pekerja wanita berusia dalam lingkungan 20-an kehilangan tangannya.

Seorang kakitangan wanita lain turut digigit pada badannya, manakala seorang kakitangan lelaki mengalami kecederaan di kepala. Mereka kemudian dibawa ke hospital.

Menurut agensi berita Kyodo, penjaga zoo tidak memeriksa pagar kandang harimau dengan betul sebelum taman itu ditutup. Polis kini menjalankan siasatan di taman itu disebabkan kecuaian pengurusan.

“Kemalangan berlaku di kandang harimau pada pagi 5 Januari 2022 dan seorang pekerja telah cedera. Kami sedang mengesahkan keadaan pekerja-pekerja dan menyiasat punca insiden tersebut,’’ tulis pihak zoo menerusi ciapan di Twitter.

“Kami akan beritahu dengan lebih lanjut sebaik sahaja mengetahui butiran kejadian. Buat masa ini, taman itu akan kekal ditutup,’’ jelas ciapan itu. – Agensi

POPULAR