fbpx

Motosikal ‘terbang’ selepas gagal bantu gadis jatuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menunjukkan dua lelaki itu terjatuh kerana gagal mendirikan motosikal tersebut. - TikTok

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial memaparkan tindakan dua lelaki sedang membantu seorang penunggang motosikal yang terjatuh namun gagal mengawalnya sehingga jatuh kembali, lapor laman berita Suara.com semalam.

Video yang dirakam oleh televisyen litar tertutup (CCTV) itu dimuat naik di akaun TikTok bernama @mirathieroff.

Pada awalnya, seorang gadis yang membawa motosikal dilihat terjatuh apabila ingin membuat pusingan U.

Dua lelaki yang menyaksikan kejadian itu bergegas membantunya. 

Bagaimanapun, setelah mendirikannya, seorang daripada mereka yang memegang bahagian hadapan motosikal gagal mengawalnya. 

Motosikal itu bergerak tanpa kawalan lalu ‘terbang’ dan kembali jatuh di jalan raya. 

Netizen menerusi komen dilihat keliru sama ada ingin ketawa atau kesian dengan kejadian yang berlaku. 

“Saya tidak ketawa pada mulanya, namun tergelak selepas motosikal itu terbang,’’ tulis seorang netizen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI