fbpx

Kes Raja Bomoh selesai, empat individu ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibrahim Mat Zin

IPOH – Siasatan berhubung ritual pelik mengelak banjir oleh Raja Bomoh atau Ibrahim Mat Zin di Dataran JPS, Teluk Intan di sini pada Selasa lalu, telah selesai selepas empat individu ditahan semalam.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd. Yusop Husin berkata, tangkapan ke atas dua lelaki dan dua wanita berusia 60 hingga 71 tahun itu dilakukan sepasukan pegawai penguat kuasa agama JAIPk di sekitar Ipoh.

Katanya, kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah untuk disiasat mengikut Seksyen 14 dan 16 Enakmen Jenayah Syariah 1992 atas kesalahan berhubung dengan maruah agama dan institusinya.

Raja bomoh telah membuat laporan polis dan ingin menyaman RM300 juta terhadap pihak yang tidak sokong usaha tolak banjir yang dilakukannya.

“Dua daripada mereka telah dibawa ke Mahkamah Syariah Ipoh untuk sebutan kes dan dibebaskan dengan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin manakala dua lagi dibebaskan dengan bon jaminan penguat kuasa.

“Tarikh sebutan semula kes itu pada 23 Februari ini dan dengan itu, kes tersebut telah diselesaikan,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh di sini hari ini, Ibrahim dan sepupunya, Suliaha Abdul Hamid dibebaskan dengan jaminan RM3,000 setiap seorang mengikut Seksyen 22 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Perak 2004.

Kedua-dua mereka ditahan berhubung video tular berdurasi 25 minit yang memaparkan kedua-dua mereka melakukan upacara yang bercanggah dengan ajaran Islam di Dataran JPS, Teluk Intan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI