fbpx

Imigresen perjelas dakwaan kadar gajikan amah terlalu mahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memaklumkan bahawa kadar bayaran yang dikenakan oleh kerajaan bagi pengambilan Pembantu Rumah Asing (PRA) untuk kali pertama tidak terlalu tinggi iaitu sebanyak RM1,136.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, jumlah tersebut merangkumi kadar bayaran levi, visa mengikut negara, fi proses, bayaran pas, wang jaminan dan beberapa bayaran lain yang berkaitan.

“Pihak JIM ingin merujuk kepada laporan oleh sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris berkenaan isu kos pengambilan PRA yang didakwa terlalu tinggi.

“Majikan boleh mendapatkan keterangan lanjut mengenai prosedur permohonan PRA serta lain-lain maklumat yang berkaitan dengan melayari portal rasmi jabatan di www.imi.gov.my atau media sosial rasmi JIM,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan itu, sehingga 31 Disember tahun lalu, terdapat seramai 88,173 PRA yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).

“Untuk rekod, negara sumber yang dibenarkan bagi sektor PRA tidak terhad kepada beberapa negara sahaja malah majikan bebas memilih dari Filipina, Indonesia, India, Sri Lanka, Thailand, Vietnam, Kemboja, Nepal dan Laos.

“Setiap pengambilan PRA bagaimanapun perlulah mematuhi syarat-syarat kelayakan yang digariskan seperti umur, jantina dan lulus pemeriksaan kesihatan apabila tiba di negara ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI