fbpx

UPSI agih sumbangan kepada keluarga pelajar B40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Prof. Marzita (empat dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada kepada pelajar sambil disaksikan Abdul Rahim (kiri) .- Foto ihsan UPSI

PETALING JAYA – Bagi meringankan beban keluarga pelajar B40, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Program Outreach Ramah Mesra anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengagihkan sumbangan makanan dan keperluan makanan asas lain serta sagu hati wang tunai di daerah Bagan Datuk bermula semalam.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPSI, Prof. Marzita Puteh berkata, sebanyak sepuluh keluarga menerima sumbangan tersebut terdiri daripada pelajar sekolah sekitar daerah Hilir Perak membabitkan kawasan Hutan Melintang, Rungkup, Teluk Bharu dan Bagan Datuk.

“UPSI melaksanakan inisiatif sumbangan dengan mengenal pasti golongan sasar melalui kerjasama perkongsian data daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT).

“Keluarga pelajar terbabit dipilih ketika menjalankan Program Outreach Ramah Mesra KPT yang berlangsung bermula semalam dan hari ini di Dewan Dato Lope Hashim, Bagan Datuk,” jelasnya melalui satu kenyataan.

Sementara itu, bagi Pengarah Akademik UPSI, Prof. Madya Dr. Abdul Rahim Razalli berkata, program sumbangan tersebut dilaksanakan untuk memberi nilai tambah kepada pelaksanaan penganjuran program ramah mesra selaras dengan hasrat KPT untuk memasyarakatkan universiti (U4S) menerusi perkongsian strategik Bahagian Hal Ehwal Akademik, Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UPSI serta Pusat Alumni UPSI.

“Sumbangan yang diberi ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban pelajar golongan B40 di sekitar daerah ini sekali gus dapat memberi rangsangan dan dorongan untuk mereka menanam impian melanjutkan pengajian tinggi kerana kebanyakannya adalah calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022,” jelasnya. K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI