fbpx

Robot pintar bersih rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEKNOLOGI robot pembersihan lantai kini semakin dipertingkatkan keupayaannya bagi membolehkan kerja-kerja dilakukan dengan lebih mudah dan menyeronokkan.

MEMBERSIHKAN lantai yang berhabuk kadangkala mengambil masa yang lama serta membebankan.

Ini terutamanya jika rumah yang didiami mempunyai ruang yang agar besar untuk dibersihkan.

Kini urusan untuk membersihkan lantai menjadi mudah apabila banyak robot pembersihan pintar telah dihasilkan sehingga kini.

Samsung Jet Bot AI+ antara robot pembersihan pintar yang dihasilkan untuk tujuan itu, dilengkapi dengan teknologi Intel A.I Driving.

Fungsi yang ada pada peranti itu membolehkan pengguna membersihkan lantai dengan lebih mudah, selain memastikan habuk terperangkap sempurna tanpa masuk kembali ke ruangan udara rumah.

Selain itu, robot pembersihan pintar ini juga dilengkapi dengan sensor 3D jenis stereo aktif dan sensor LiDAR.

Ia membolehkan peranti tersebut mengimbas ruang luas secara tepat untuk mengelakkan objek kecil di lantai yang sukar dikesan dan memaksimumkan proses pembersihan.

Peranti ini turut dipadankan dengan stesen cucian yang mempunyai fungsi tambahan untuk menyingkirkan habuk yang terkumpul secara automatik.

Selepas kerja pembersihan, robot ini akan kembali ke stesen cucian dan mengeluarkan habuk menggunakan teknologi Air Pulse secara automatik.

Ini dilakukan dengan bantuan sistem penapisan pelbagai lapis yang memerangkap 99.999 peratus habuk halus.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI