fbpx

PGA, Polis Marin, FRU bantu mangsa banjir di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Acryl meninjau aturgerak Polis Kontinjen Johor bagi Ops Banjir.

PETALING JAYA – Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin (PPM), Pasukan Polis Udara (PGU) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) digerakkan ke Segamat, Johor untuk melaksanakan operasi pasca banjir seperti pembersihan infrastruktur awam dan rumah ibadat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, secara keseluruhannya terdapat enam agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan kekuatan 377 akan ditugaskan menerusi Ops Banjir.

“Selain itu, agensi lain yang terlibat ialah Angkatan Tentera Malaysia (57 anggota), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (25 anggota), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (15 anggota), Angkatan Relawan Rakyat Malaysia (23 anggota) serta Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (10 anggota).

“PDRM bersama agensi keselamatan lain akan dan sedang mengambil tindakan segera di Segamat dan lain-lain lokasi terjejas banjir di Johor bagi tujuan memindahkan mangsa ke tempat yang telah ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, PDRM juga komited dalam memastikan kebajikan masyarakat kekal terpelihara.

“Untuk itu, saya juga telah mengarahkan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Hazani Ghazali untuk menyelaraskan segala bentuk bantuan bagi penduduk yang terputus hubungan akibat banjir melalui jalan udara dan air.

“Sebuah helikopter milik PGU juga akan digunakan bagi menghantar bekalan keperluan bagi penduduk di Segamat yang terputus hubungan ekoran jalan darat dinaiki air,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI