fbpx

Pengurus direman bantu siasatan kes rasuah RM500,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek direman selama empat hari bermula hari ini.

PUTRAJAYA – Seorang pengurus syarikat direman selama empat hari bagi membantu siasatan kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah melebihi RM500,000.

Permohonan reman bermula hari ini sehingga 8 Januari depan itu dibenarkan oleh Majistret Amanina Mohamad Anuar selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan berkenaan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut sumber, suspek berusia 43 tahun tersebut ditahan kira-kira pukul 4 petang semalam di Pejabat SPRM Kuala Lumpur ketika hadir memberi keterangan.

Difahamkan, suspek yang bertugas sebagai pengurus di sebuah syarikat cari gali telah meminta dan menerima rasuah daripada pengusaha-pengusaha stesen minyak sekitar Kuala Lumpur.

“Ia sebagai dorongan bagi mengelakkan penilaian prestasi stesen-stesen minyak pemilik berkenaan terjejas,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Razaliah Ab. Rahman mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI