fbpx

[VIDEO] Penguat kuasa buat tak tahu, samseng laung di telinga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang lelaki memaki hamun seorang penguat kuasa MPKS.

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki mengugut dan mengganggu tugas seorang penguat kuasa Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) kini sedang tular di laman sosial Facebook.

Seperti menunjukkan dia jaguh hebat di kawasan tersebut, lelaki terbabit mengeluarkan kata-kata kesat, ugutan dan cacian terhadap penguat kuasa berkenaan.

Klip video tersebut menunjukkan lelaki terbabit menghampiri penguat kuasa berkenaan dan beberapa kali menyatakan ingin menumbuk muka anggota yang menjalankan tugas.

Lelaki terbabit juga berang apabila anggota penguat kuasa berkenaan seolah-olah tidak menghiraukan ugutan terbabit dan meneruskan tugasnya menyaman kenderaan yang melakukan kesalahan.

Rata-rata orang ramai mengecam tindakan lelaki yang kononnya samseng itu dan meminta untuk pihak polis mengambil tindakan.

“Wah, samseng betul abang ni, sarapan pagi tadi makan tebuan ke apa ni? Tengok kiri kanan juga ye bang. Kalau tidak salah tak adanya penguat kuasa nak saman.

“Banyak kerja lain lagi dia pun nak buat, tabik dekat anggota tu, buat tak reti je abang samseng meroyan tepi telinga,” kata Saifullah Abdullah.

“Dapat ceduk rusuk abang ni sedap ni, bukan main lagi dia laung. Satu daerah dengar suara dia, samseng betul la ni.

“Bagus penguat kuasa ni, kena ‘provoke’ teruk pun dia tak lawan. Kalau aku memang tak boleh la buat kerja macam abang penguat kuasa ni,”kata Hasbullah Hafiz. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI