fbpx

Mangsa banjir Sabah cecah 2,435 orang babit 23 PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Situasi banjir di daerah Telupid, Sabah setakat pagi tadi. -Foto: Ihsan APM-

KOTA KINABALU – Sebanyak 23 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka membabitkan enam daerah terjejas banjir di Sabah.

Setakat pukul 10 pagi tadi, semua PPS berkenaan menempatkan seramai 2,435 mangsa melibatkan 874 keluarga.

Ketika ini enam daerah terjejas iaitu Kota Marudu, Paitan, Beluaran, Telupid, Sandakan dan Pitas.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah berkata bilangan terbabit terus meningkat berbanding 1,826 mangsa membabitkan 599 keluarga setakat tengah malam tadi.

“Kota Marudu kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi pagi ini dengan seramai 1,952 orang daripada 779 keluarga yang ditempatkan di 12 PPS.

“Sandakan adalah daerah kedua paling ramai merekodkan mangsa banjir di negeri ini iaitu 197 orang membabitkan 42 keluarga manakala terdapat seramai 97 penduduk terjejas banjir melibatkan 23 keluarga dipindahkan di daerah Paitan.

“Beberapa daerah lain yang turut mencatatkan mangsa banjir ialah Pitas (79 mangsa, 22 keluarga), Telupid (51 mangsa, lapan keluarga) dan Beluran (38 mangsa, 10 keluarga),” katanya dalam kenyataan media, di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, Jurucakap APM Sabah menasihatkan orang awam khususnya yang tinggal di kawasan rendah atau berhampiran sungai agar sentiasa berwaspada dan peka dengan keadaan cuaca ketika ini berikutan tidak menentu. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI