fbpx
NOIR berbangga menjadi sebagai penaja utama kemuncak AJL36 baru-baru ini.

Keterujaan, langkah berani NOIR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Selepas empat tahun mengukuhkan jenama rangkaian produk di pasaran, syarikat berasaskan kecantikan halal dan premium, Noir Health & Beauty Sdn. Bhd., buat kali berani menjadi penaja utama kemuncak Anugerah Juara Lagu edisi ke 36 (AJL 36) baru-baru ini.

Ia seterusnya bakal membawa debaran anugerah yang mengangkat bakat komposisi itu ke pelusuk negara dengan program Jelajah NOIR AJL36.

Syarikat yang diasaskan oleh Eriyca Baiduri atau lebih mesra dikenali sebagai Madammu sejak tahun 2017 itu memperkenalkan pasukan #gengcantiknoir sebagai jentera utama mengemudi siri jelajah ini.

Madammu yang baru-baru ini turut muncul di pentas Semi Final Muzik Muzik 36 (SFMM36) amat teruja dengan kolaborasi strategik bersama program hiburan televisyen paling popular itu.

Siri jelajah yang dijangka bermula 24 Januari ini dan tamat pada 26 Februari depan bakal menemui khalayak di Utara, Selatan, Pantai Timur hingga ke Lembah Klang.

“Ia juga merupakan misi mempromosi program usahawan NOIR dengan objektif ingin menarik lebih ramai wanita yang ingin memulakan perniagaan tanpa modal dan boleh mencapai pendapatan hingga RM10,000 sebulan.

“Tidak ketinggalan, ia juga untuk mempromosi jenama produk ini dan bertemu Madammu secara lebih dekat,” katanya.

Pada acara SFMM36 tersebut, penyanyi Khai Bahar dan Aina Abdul yang juga bolos sebagai finalis AJL36 turut dinobat sebagai Penyanyi Pilihan NOIR.

NOIR pernah dinobatkan sebagai Produk Penjagaan Kulit Premium Terbaik di Asia Halal Brand Award (AHBA) 2019.

Noir turut menerima Anugerah Superbrands Malaysia 2020 dalam Kategori Kesihatan & Kecantikan dan The BrandLaureate – The World’s BestBrands e-Branding Awards dalam kategori Cosmetic and Skin Care Solution. -K! ONLINE

POPULAR