fbpx

Asteroid 16 Psyche boleh bekalkan logam selama jutaan tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAPAL angkasa Psyche menjalani ujian di sebuah makmal NASA di California. - TWITTER

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) akan melancarkan misi yang hampir boleh dianggap sebagai penerokaan ke teras Bumi, lapor laman berita Wion News semalam.

Misi dinamakan Psyche itu merupakan penerokaan unik ke sebuah asteroid yang kaya dengan sumber logam dan mengorbit antara Matahari, Planet Marikh dan Musytari.

Kapal angkasa misi tersebut akan dibawa oleh roket berat Falcon yang dibina SpaceX, manakala pelancarannya dibuat dari Pusat Angkasa Kennedy. 

Firma penyelidikan Wall Street, Bernstein sebelum ini menyatakan bahawa sebuah asteroid besar dinamakan 16 Psyche, mungkin menyimpan sebanyak 17 juta bilion tan galian nikel-besi. Simpanan itu mencukupi untuk memenuhi permintaan manusia selama berjuta-juta tahun.  Asteroid 16 Psyche mempunyai saiz 200 kilometer.

Galian sama terdapat di planet-planet dalam sistem suria termasuk Bumi tetapi terletak jauh di dalam terasnya, menyebabkan ia tidak boleh dilombong.

Misi Psyche akan melintasi Marikh semasa perjalanannya yang mengambil masa sekitar 3.5 tahun ke asteroid tersebut. Misi itu akan mengambil masa 21 bulan untuk memetakan dan mendekati permukaan Asteroid 16 Psyche. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI