fbpx

Lisa dinobat wajah tercantik 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ANGGOTA kumpulan Blackpink, Lisa dinobat sebagai individu yang memiliki wajah tercantik di dunia pada tahun 2021.

Senarai dan pengiktirafan tersebut dikeluar dan dikelolakan TC Candler baru-baru ini.

Dalam laporan berkenaan, Lisa merampas kedudukan tersebut daripada seorang model, Yael Shelba yang mengungguli tangga teratas pada tahun lepas.

Penulis blog kelahiran Norway, Emilie Nereng pula diletakkan di tangga kedua, manakala model Amerika-Somali, Halima Aden selesa di tangga ketiga.

Diikuti dengan pelakon berdarah kacukan Filipina-Maghribi, Ivana Alawi di tangga keempat dan kedudukan kelima pula diisi oleh anggota kumpulan Momoland, Nancy.

Antara individu popular lain yang turut tersenarai termasuk anggota kumpulan Twice, Tzuyu di tangga ketujuh selain rakan seangkatan Lisa, Rose menghuni tangga ke-17.

Untuk rekod, Lisa atau nama sebenarnya Lalisa Manobal, 24, baru-baru ini muncul dengan album single perdananya, Lalisa pada 10 September lalu.

Klip video lagu tersebut menerima jumlah tontonan sebanyak 73.6 juta pada hari pertama dilancarkan sekali gus menjadikannya sebagai paling banyak ditonton dalam masa 24 jam.

Lisa yang merupakan warganegara Thailand memulakan debut bersama kumpulan Blackpink pada tahun 2016 dan menjadi antara penyanyi K-pop paling berpengaruh ketika ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI