fbpx

Walaupun ‘tergolek’ Nabila Razali sempat ucap selamat tahun baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan Nabila terjatuh ketika membuat persembahan di sebuah majlis sambutan tahun baharu semalam.

PETALING JAYA – Meskipun sudah tergolek di atas lantai, namun penyanyi terkenal, Nabila Razali sempat mengucapkan selamat tahun baharu kepada peminatnya di dalam sebuah majlis semalam.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, Nabila yang mengenakan pakaian berwarna merah jambu dilihat terjatuh ketika menghampiri sebuah pentas dipercayai angkara kasut tumit tinggi yang dipakainya.

Kejadian itu dipercayai berlaku ketika dia sedang membuat persembahan semasa sambutan ambang tahun baharu di sebuah majlis di sekitar ibu kota semalam.

Walaupun terjatuh, difahamkan Nabila tidak mengalami kecederaan serius dan dia telah dibantu oleh dua orang wanita untuk bangun semula.

Menerusi klip video berdurasi 15 saat itu, Nabila sempat menghiburkan hadirin dengan ucapan selamat tahun baharu.

“Happy New Year Gais, Happy New Year,” ucap Nabila.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen mendoakan agar Nabila tidak mengalami kecederaan serius dan menasihatkan penyanyi itu agar berhati-hati ketika memakai kasut tumit tinggi.

“Ya Allah, kesiannya Nabila Razali, pandai buat lawak, pandai ambil hati, semoga sentiasa dilindungi, Aamiin,” tulis Azura Aisy Asiq pula.

“Apa pun semoga kaki Nabila tak bengkak kasut tu terlalu tinggi sangat tak sesuai dengan karpet,” ujar Rosaini Jantan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI