fbpx

PBT saman kereta mangsa banjir parkir di hadapan bengkel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian kereta mangsa banjir yang dikenakan kompaun didakwa parkir di hadapan sebuah bengkel di Sepang baru-baru ini.

PETALING JAYA – Malang berganda buat mangsa banjir apabila kereta mereka bukan sahaja rosak ditenggelami air dan lumpur, malah turut dikompaun pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana diparkir di hadapan sebuah bengkel.

Difahamkan kejadian malang itu berlaku di sebuah kawasan di Sepang dan ia telah dikongsi oleh seorang pengguna laman Twitter dikenali sebagai @myjoe_ pagi tadi.

“Kereta kene banjir park depan bengkel elok-elok pun kene saman. Punyalah tak beragak,” ciapnya.

Tangkap layar perkongsian dilaman Twitter.

Pada masa sama @myjoe_ turut berkongsi gambar yang tertera kompaun yang dikeluarkan pihak PBT ke atas beberapa kenderaan di sekitar kawasan bengkel terbabit.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen mengecam tindakan yang telah diambil pihak PBT terbabit yang seolah-olah tidak prihatin dengan nasib yang menimpa mangsa banjir.

“Pihak PBT pun agak-agaklah dah la kereta tu rosak, mereka pula tengah kesempitan wang nak baiki kereta, ini tambah pula kompaun. Memang tidak berhati perut,” ciap @MatNor pula.

“Yang tukang tulis saman ni yang paling tiada hati perut. Aku rasa boleh nampak kot minggu ni punya kereta rata-rata kereta mangsa banjir,” ciap @az_zahar. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI