fbpx

Menara JEV terbakar jejaskan bekalan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menara berhampiran pintu masuk jeti di JEV yang terbakar semalam.

PORT DICKSON – Sebuah menara berhampiran pintu masuk jeti di Jimah Ventures Energy Sdn. Bhd. (JEV) di sini terbakar semalam yang boleh memberi impak kepada gangguan sistem bekalan elektrik di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Mohamed berkata, polis menerima maklumat mengenai kebakaran di bahagian Jason Tower 3, JEV kira-kira pukul 7.30 petang.

“Tindakan awal bagi pemadaman kebakaran telah dilakukan oleh anggota pasukan tindakan kecemasan (ERT) dengan kekuatan sebuah jentera dan 15 anggota sebelum bantuan pihak Bomba tiba yang diketuai dua pegawai dan 15 anggota.

“Kebakaran dipercayai bermula pukul 7.15 petang selepas disedari pengawal keselamatan yang membuat rondaan sebelum memaklumkan kepada bilik kawalan JEV,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Aidi Sham berkata, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 8.40 malam hari yang sama dan punca awal dipercayai oleh tekanan kepanasan arang batu yang tinggi sehingga menyebabkan kebakaran.

“Pihak bomba masih menjalankan siasatan untuk mengetahui punca sebenar kebakaran yang dianggarkan berkeluasan sejauh 200 meter.

“Anggaran kerugian yang dialami oleh pihak JEV masih belum dapat dipastikan, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan tiada unsur khianat dikesan oleh pihak bomba dan polis,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI