fbpx

Tular kanak-kanak selamba duduk bawah lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman memaparkan seorang kanak-kanak duduk di bahagian bawah sebuah lori.

PETALING JAYA – Rakaman memaparkan seorang kanak-kanak perempuan duduk pada bahagian bawah lori yang sedang berhenti tular di media sosial.

Video tersebut yang dikongsi oleh pengguna media sosial @dato69nadi77 menunjukkan kanak-kanak itu yang dipercayai seorang warga asing duduk di bahagian bawah lori tanpa menghiraukan orang di sekelilingnya.

Bagaimanapun, di mana lokasi video itu dirakam tidak dinyatakan oleh perakam tersebut.

Difahamkan, kanak-kanak terbabit berada di situ bagi meminta sedekah daripada pemandu kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati rata-rata pengguna media sosial mengecam perbuatan kanak-kanak itu termasuk perakam yang tidak berbuat apa-apa dan sebaliknya hanya merakam kejadian berkenaan.

“Budak ini budak suku palauh atau bajau laut. Bukan orang tak nak tegur, tapi mereka tidak boleh ditegur. Orang Sabah dah tahu perangai mereka ini, bukan benda baru di sana,” kata Joulie.

“Ini pemandangan biasa di Bandar Sri Perdana, Lahad Datu,” kata Han’z.

“Harap polis dapat pantau dan ambil tindakan kepada mereka ini. Jadi apa-apa nanti, orang lain juga yang susah,” kata Fariza.

“Orang luar je yang bising suruh tegur budak itu sebab mereka tidak tahu perangai mereka macam mana. Lebih baik jangan tegur kalau tak mahu kereta dibaling dengan batu,” kata Anita. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI