fbpx

Netizen restu barisan juri SFMM36

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAFINAZ, Mokhzani dan Altimet antara juri yang bertanggungjawab bagi memilih 12 lagu ke pentas AJL36 nanti.

PETALING JAYA – Malam pembuka tirai pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-36 (SFMM36) menyaksikan sebanyak 30 buah lagu bertanding bagi merebut tempat ke Anugerah Juala Lagu 36 (AJL36) tahun depan.

Selain senarai lagu, terdapat perkara lain yang menarik perhatian umum iaitu barisan juri yang dipilih bagi mengadili dalam proses pemilihan 12 lagu yang layak ke AJL36.

Untuk SFMM36, barisan juri yang dipilih terdiri daripada tujuh individu berpengalaman dalam bidang muzik tanah air diketuai maestro muzik, Datuk Mokhzani Ismail.

Sementara, enam lagi kerusi juri diisi oleh Datuk Syafinaz Selamat, Helen Yap, LY, Datuk Acis, Chaan dan ikon rap, Altimet.

Rata-rata netizen berpendapat barisan juri SFMM36 sebagai pilihan tepat dan berpuas hati dengan senarai tersebut.

“Sumpah aku suka barisan juri kali ini. Mantaplah TV3,” ciap seorang netizen.

“Puas tengok senarai juri malam ini,” kata seorang lagi pengguna Twitter.

Sebanyak 30 lagu dipilih untuk berentap pada SFMM36 yang menampilkan ramai penyanyi terkenal tanah air dan bakal bersaing dengan pelbagai genre lagu termasuk balada, pop rock dan hip-hop.

Lagu-lagu yang berjaya ialahAdlina Marie (Haqiem Rusli), Nafas Cinta (Khai Bahar & Aina Abdul), Teman (Iman Troye), Neraca (Kmy Kmo, Luca Sickta, & Datuk Jamal Abdillah) dan Intan Payung (Noraniza Idris & Bunga).

Selain itu, lagu Boneka nyanyian Ernie Zakri bersama dengan lagu Angkara (Siti Nordiana), Bagaimana (Muna Shahirah & Zack Zakwan), Lara (Hael Husaini, Haqiem Rusli & Naim Daniel) serta Lautan Asmara (Masdo).

Tidak ketinggalan, lagu Tanpa Rela (Misha) bersama-sama dengan Cinta Khayalan (Wany Hasrita), Tetap Aku Cinta (Ara Johari), AEWO (Shiha Zikir dan Noki), dan Pelukan Angkasa (Sekumpulan Orang Gila), Goodbye Hello (Syamel dan Ernie Zakri), Durja (Khai Bahar), Sepi (Aina Abdul), Cinta (Marsha Londoh) serta Karma (Kaka Azraff dan Jaz Hayat) turut berjaya menempah tiket ke SFMM36.

Turut mara ke SFMM36 ialah lagu Coretan Pilu nyanyian Datuk Awie, Bujang (Hael Husaini), Mimpi (Haqiem Rusli), Purnama (Naim Daniel), Cinta Jangan Pergi (Azzam Sham), Chikadun (Floor 88), Lenyap (Usop), Penat (Andi Bernadee), Rindu Separuh Nyawa (Naqiu & Vanessa) dan Salahku (Yonnyboii). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI