fbpx
Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof, bergambar bersama Mohsen dan Nash pada Majlis Perasmian Kempen Pemacu Sasaran 1,000 ahli di Bukit Jalil Golf & Country Resort,Bukit Jalil semalam.

Nash duta Persatuan Anak Bangsa Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal tanah air, Datuk Nash dilantik menjadi duta Persatuan Anak Bangsa Johor (PABJ).

Presiden PABJ, Datuk Mohsen Hasbollah berkata, pelantikan itu adalah sebagai usaha menarik lebih ramai anak seni dari negeri itu menyertai persatuan yang ditubuh pada Mei lalu.

Beliau berkata, pemilihan Nash atau nama sebenarnya Jamaluddin Elias, 62, memegang peranan terbabit berikutan reputasi besar dimilikinya dan dikenali di dalam industri seni.

“PABJ ditubuhkan dengan tujuh matlamat utama bagi memperkasa Anak Bangsa Johor dalam bidang pendidikan ,pelancongan seni dan budaya,ekonomi dan keusahawanan, multimedia dan komunikasi, kebajikan dan agama,keselamatan dan kesihatan dan sukan dan rekreasi.

“Kita menyeru lebih ramai anak-anak Johor menyertai persatuan ini dan keahlian juga dibuka kepada mereka yang tinggal di luar negara bagi menyumbang dan berkongsi idea memajukan PAB,” katanya di sini semalam.

Sementara itu, Nash yang juga anak kelahiran Muar memberitahu, antara inisiatif awal dirinya sebagai duta dengan menarik serami mungkin ahli baharu PABJ tidak kira umur dalam meningkatkan jumlah keahlian yang kini sekitar 217 orang.

“Sebelum ini saya sendiri tidak tahu menjadi artis pertama menyertai persatuan ini dan terharu dipilih menjadi duta PABJ. Saya akan menjalankan amanah yang diberi bagi menarik lebih ramai artis Johor menyertai persatuan ini.

“Sebagai anak Muar, saya berbangga menyertai PABJ dan ia dapat dijadikan sebagai satu platform bagi merapatkan silaturahim dalam kalangan rakyat Johor,”ujarnya.

Pada masa ini terdapat seramai 217 ahli menyertai PABJ dan Kempen Pemacu Keahlian Sasaran 1,000 ahli ini bermula bulan ini sehingga Mac 2022.

Pada Mac lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, memperkenankan penubuhan PABJ yang berperanan menyatukan anak negeri itu.-K! ONLINE

POPULAR