fbpx

Banjir : Jumlah mangsa banjir tiga daerah di Kelantan menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk di Jeli terpaksa menggunakan bot selepas jalan utama Jeli - Dabong, Kuala Balah ditenggalami banjir setinggi 1.4 meter. FOTO ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Situasi banjir gelombang kedua yang sedang melanda di tiga daerah di negeri ini iaitu Jeli, Kuala Krai dan Tanah Merah beransur pulih meskipun cuaca ketika ini tidak menentu.

Aplikasi InfoBencanaJKM pada pukul 6.30 petang tadi melaporkan, mangsa banjir semakin berkurangan iaitu seramai 1,513 orang mangsa banjir pagi tadi kepada 1,070 orang petang ini.

Jeli menjadi daerah tertinggi setakat ini yang terjejas banjir apabila seramai 195 mangsa telah ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS).

Bagaimanapun, Kuala Krai menunjukkan pertambahan mangsa iaitu 263 orang berbanding 228 pagi tadi dan Tanah Merah dengan 12 mangsa.

Sementara itu, kerajaan negeri menerusi portal ebanjir.kelantan.gov.my melaporkan, dua sungai di Kelantan sudah melepasi paras bahaya iaitu Sungai Galas di Dabong Kuala Krai dengan 39.84 meter dan Tanggai Krai setinggi 25.73 meter manakala Sungai Golok di Jenob Tanah Merah kembali berada tahap amaran.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI