fbpx

Aksi buang tahi cicak Rina Harun tular ke Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kerja pembersihan yang dilakukan Rina yang tular di sebuah stesen televisyen Thailand.

PETALING JAYA – Kerja membersih yang dilakukan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun baru-baru ini telah mendapat perhatian ramai.

Keikhlasan beliau itu bukan sahaja mendapat liputan di media tempatan, malah semakin dikenali di negara jiran, Thailand.

Video beliau yang sedang membersihkan kesan najis unggas dan cicak di sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tular sehingga masuk berita di Stesen TV Thailand, PPTV.

Tangkap layar liputan TV Thailand itu juga turut dikongsi dan popular di Malaysia dan orang ramai turut berbangga dengan pencapaian yang diraih oleh menteri dari Bersatu itu.

“Alhamdulillah, menteri kita sudah dikenali di rantau Asia. Kerja pembersihan yang dilakukan itu turut mendapat perhatian hingga luar negara.

“Dulu ada menteri muda yang mandi dengan ais pun tular sampai Korea. Semoga diberkati menteri-menteri kita,” jelas Epul Rani.

“Mana nak cari lagi, bangga kita sebagai rakyat. Harapnya ada lagi menteri-menteri yang bagus macam ni.

“Korang mana tahu, tahi cicak dan unggas tu bahaya. Kalau budak-budak tertelan siapa yang nak jawab nanti,” kata Fakhri Nazim. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI