fbpx

Cadang bina litar motosikal di Bukit Merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ton Zailani (tengah) semasa melancarkan Program Klinik Cub Prix Bual Santai Anak Muda Motor Show di Taiping hari ini.- Wat Kamal Abas

TAIPING – Kerajaan Perak dicadang untuk mewujudkan sebuah litar lumba motosikal di utara negeri ini bagi memenuhi impian golongan muda termasuk pencinta motosikal berkuasa rendah.

Presiden Kelab Peminat Cub Prix Malaysia, Datuk Ton Zailani Mat Darus berkata, litar lumba perlu diwujudkan bagi kemudahan untuk kegunaan anak muda di Daerah Larut Matang Selama dan Kerian.

“Saya mencadangkan kawasan sekitar Bukit Merah dipilih bagi mewujudkan sebuah litar lumba motosikal berkuasa rendah kerana strategik.

“Lokasi ini lengkap dengan segala kemudahan yang ada seperti berdekatan dengan Lebuh Raya Utara Selatan dan berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Klinik Cub Prix Bual Santai Anak Muda Motor Show di Dewan Majlis Perbandaran Taiping dekat sini hari ini.

Turut hadir Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Taiping, Khairul Amir Mohamad Zubir dan 200 orang anak muda dari Daerah Larut Matang Selama.

Beliau yang juga Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, pihaknya telah berjumpa dengan Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad baru -baru ini bagi mengemukakan cadangan tersebut.

“Kita telah kemukakan perkara itu kepada Menteri Besar dan mengusulkan Lembah Beriah, Bukit Merah sebagai tapak litar lumba motosikal berkuasa rendah.

“Jika litar lumba ini ada, golongan anak muda yang sukakan aktiviti permotoran dapat mengadakan aktiviti di tempat yang betul dan secara tidak lansung, gejala lumba haram dapat dicegah.” ujarnya . – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI