fbpx

Apa kata pemenang Liga Fantasi Kosmo! minggu ke-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tahniah kepada lima pemenang mingguan Liga Fantasi Kosmo! minggu ke-32.

“Saya sentiasa mengikuti tips Liga Fantasi Kosmo! secara mingguan dan tidak sangka kali ini rezeki saya untuk mengungguli carta Top 5 . Terima kasih Kosmo! kerana menyediakan platform buat kami secara percuma.

MOHAMMAD AZLAN MOHAMMAD SANI (Kajang, Selangor)
Pasukan: –5240– (95 mata)
Pengurus: MARCUS AZLAN

 

“Saya sudah bermain Liga Fantasi hampir lapan tahun. Sebelum ini ada bermain liga kecil bersama kawan-kawan tetapi ini adalah kali pertama saya muncul antara penerima mata tertinggi mingguan untuk liga berskala besar anjuran Kosmo!. Terima Kasih Kosmo!.

MOHAMED REDZUAN ABDUL RAHIM (Batu Lanchang, Pulau Pinang)
Pasukan: THE RED’S 21 (95 mata)
Pengurus: MOHAMED REDZUAN

 

“Penggunaan pilihan ‘Freehit’ minggu ini ternyata membuahkan hasil dan sukar untuk membuat pilihan berikutan penangguhan beberapa perlawanan EPL akibat Covid-19. Jadi, percaturan pada kali ini agak berbeza dan tidak disangka ia menjadi. Terima kasih Kosmo!.

FRANKY ANAK NILI (Pasir Gudang, Johor)
Pasukan: WANNAONE (93 mata)
Pengurus: VINCENJO CASANOBA

 

“Minggu ini ternyata sukar kerana saya terpaksa rombak keseluruhan pemain tetapi dengan bantuan abang saya, ternyata ia membuahkan hasil. Tidak sangka saya mampu mengutip mata tertinggi dalam Liga Fantasi Kosmo! Saya akui bukan mudah kerana penyertaan di Kosmo! sangat ramai dan peluang agak tipis untuk menang. Apa pun, minggu ini rezeki memang menjadi milik saya.

FLORANA ANAK NILI (Pasir Gudang, Johor)
Pasukan: SISYPHUS (93 mata)
Pengurus: PARK SHI-HYE

 

“Saya terkejut dapat panggilan daripada Kosmo! kerana pada mulanya saya sangka ia adalah gurauan daripada rakan-rakan tempat kerja. Sebelum ini, ada rakan muncul juara mingguan dan tidak sangka kali ini rezeki menjadi milik saya. Sudah 10 tahun saya bermain Liga Fantasi dan ini kali pertama saya mampu bergelar juara mingguan.

AZHARUDIN KASIRAN (Bestari Jaya, Selangor)
Pasukan: BATTOSAI (87 mata)
Pengurus: AZHAR VAN PERSIE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI