fbpx

Wanita pandu Alza secara berbahaya ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pemandu wanita jenis kenderaan Alza yang tular membawa tiga orang kanak-kanak dalam bahaya ditahan JSPT di Kajang, semalam.

PETALING JAYA- Seorang wanita yang memandu sebuah kereta jenis Perodua Alza dalam keadaan berbahaya ketika membawa tiga orang kanak-kanak berjaya di tahan di sebuah rumah di Kajang dekat sini semalam.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dalam satu kenyataan berkata, tiga orang kanak-kanak yang turut berada di dalam keadaan itu merupakan anak saudara wanita berkenaan dan mereka tinggal di Klang.

“Kejadian berlaku semasa wanita tersebut memandu di Jalan Reko, Kajang pada 25 Disember yang lalu,” katanya.

Tambahnya, sisatan awal mengesahkan wanita tersebut yang memandu kereta Alza seperti di dalam video yang menjadi tular ketika ini dan telah dibawa ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk tindakan selanjutnya.

“Wanita itu ditahan dan dibawa ke IPD Kajang untuk tindakan selanjutnya di mana siasatan dijalankan di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan (Akta 574).

“Selain itu, siasatan juga melibatkan perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001- Penganiayaan, pengabaian ke atas kanak-kanak,” jelasnya.

Sementara itu, pihak JSPT turut mengucapkan penghargaan kepada orang ramai yang menyalurkan maklumat seperti kejadian ini sehingga menjadi tular agar tindakan undang-undang boleh diambil kepada mereka yang melanggar peraturan dan undang-undang di jalan raya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI