fbpx

Penduduk bimbang hakisan Sungai Langat ancam nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. RAZIF (kanan) bersama Hee Lee (kiri) melihat keadaan tebing Sungai Langat yang terhakis dan dipenuhi sampah di Taman Sri Indah, Cheras baru-baru ini. – MOHD. FARIZWAN HASBULLAH

PETALING JAYA – “Tak pasti apa yang mereka nantikan, tunggu masa saja sebelum hakisan Su­ngai Langat ini menjadi lagi teruk dan bahayakan nyawa.”

Itulah antara kebimbangan yang disuarakan penduduk Taman Sri Indah, Cheras yang dilanda banjir pada 19 Disember lalu setelah Sungai Langat melimpah kira-kira pukul 6.30 pagi.

Menurut wakil penduduk Fasa 3, Taman Sri Indah, Mohd. Razif Husaini, pihaknya masih menantikan kehadiran pihak berkuasa ke taman itu bagi menilai sendiri tahap kerosakan tebing Sungai Langat yang terletak berhampiran rumah penduduk.

“Kita dapat lihat dengan jelas bahawa hakisan sepanjang 300 meter (m) berlaku dan keluasan sungai ini juga melebar kira-kira 50m, dengan jarak sungai dari kediaman terdekat adalah 50m.

“Pihak berkuasa perlu buat sesuatu kerana jika dibiarkan, hakisan akan menjadi semakin serius dan tidak mustahil ia menjejaskan rumah penduduk berhampiran,” katanya kepada ­Kosmo! di sini semalam.

Menurutnya, banjir dalam skala­ tersebut tidak pernah dialami penduduk di kawasan itu, dengan banjir terakhir berlaku pada 1994 namun tidak seteruk kali ini.

“Banjir yang naik setinggi hampir dua meter ini berlaku dengan pantas iaitu kira-kira pukul 6.30 pagi selepas solat Subuh. Air surut kira-kira pukul 4.30 petang.

“Dianggarkan sebanyak 270 kediaman terjejas akibat banjir itu. Sebab itulah pihak berkuasa lebih-lebih lagi Jabatan Penga­liran dan Saliran (JPS) perlu lihat sendiri kerosakan ini,” katanya.

Sementara itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Datuk Hoh Hee Lee berkata, keadaan sungai yang mengalir deras mendatangkan risiko berlaku hakisan susulan.

“JPS perlu bertindak segera kerana jarak tebing sungai dan kediaman terlalu dekat,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI