fbpx

Kolej SMART lancar Community English Language Learning (CELL)

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari (tengah) ketika pelancaran Community English Language Learning (CELL) di Kolej SMART, hari ini.

KUALA LUMPUR – Kolej SMART melancarkan inisiatif Community English Language Learning (CELL) dengan menggunakan teater sebagai platform untuk memperkenalkan pengajian, latihan dan penggunaan Bahasa Inggeris kepada pelajar.

Pengerusi Yayasan Bena Nusa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, usaha ini adalah amat penting kepada komuniti di sini khususnya belia daripada golongan B40 untuk diberikan pendedahan yang secukupnya.

“Seramai 20 pelajar akan menyertai kohort awal yang bakal memulakan kelas hujung minggu mereka bermula Januari 2022.

“Disamping itu, sebanyak 10 kohort akan dijalankan sepanjang tahun bagi memberi peluang kepada semua pelajar dan belia yang terdapat di kawasan ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Community English Language Learning (CELL) di sini, hari ini.

Jelasnya lagi, penggunaan bahasa Inggeris bukan sahaja penting malah turut menjadi kriteria utama di dalam industri masa ini.

Dalam pada itu, Kolej SMART turut melancarkan Makmal Teknologi Keselamatan serta Program (CSR) Komputer untuk Komuniti hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kolej SMART, Anand Pon berkata, Kolej SMART juga berada dalam misi untuk melahirkan tenaga kerja mahir terutamanya dalam bidang teknologi keselamatan yang dilihat kurang di Malaysia.

“Ini adalah peluang kami untuk membuka ruang kepada industri dan tawaran syarikat untuk melatih pekerja mereka supaya menjadi lebih cekap.

“Makmal teknologi ini juga menawarkan latihan yang komprehensif bertujuan untuk memberikan pengalaman praktikal dan latihan penuh kepada pelajar termasuk pengetahuan yang diperlukan untuk pekerjaan awal,” katanya.

Dalam pada itu, Kolej SMART turut memeterai memorandum persefahaman bersama Security Plus Academy (SPA) dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI