fbpx

Bahaya najis unggas, tahi cicak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Persekitaran bebas dari bahan iritasi seperti najis unggas dan cicak sangat penting untuk kesihatan persekitaran terutama di tempat tumpuan ramai.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook Public Health Malaysia (PHM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini memaklumkan antara kawasan berisiko tinggi terdedah dengan najis tersebut adalah sekolah, institusi pendidikan dan tempat pemindahan mangsa banjir.

Menurut PHM, menghirup habuk atau titisan air yang mengandungi najis burung yang tercemar boleh membawa kepada beberapa penyakit seperti selesema yang dipanggil psittacosis.

“Selain itu jangkitan Salmonella juga mungkin berlaku disebabkan jangkitan kuman yang boleh mangakibatkan cirit-birit, mungkin juga terdapat dalam beberapa najis burung.

“Ia juga berpotensi menyebabkan berlakunya alahan kulit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, PHM turut mengingatkan jika sedang membersihkan atau terkena najis burung, perlu segera membasuh tangan serta memastikan mana-mana kulit yang terdedah dibersihkan sebelum makan atau minum. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI