fbpx

Pokok keladi lagi untung daripada emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita pencinta pokok keladi itu berkongsikan cara-cara mendapat keuntungan lumayan melalui penjualan anak keladi.

PETALING JAYA – Seorang wanita berkongsikan teknik menjual anak pokok keladi sehingga boleh mendapat keuntungan sebanyak RM7,000.

Menerusi perkongsian di media sosial melalui pengguna @Mavilla88, wanita itu menjelaskan minat dan hobi beliau membela pokok keladi mampu menjana wang yang banyak hasil penjualan anak keladi.

“Jika beli pokok keladi induk berharga RM2,000, sekali beranak tujuh pokok dan kesemua dijual dengan harga RM1,000 setiap anak pokok, maka keuntungan mencecah RM7,000.

“Emas beli RM2,000 jual balik lepas tiga bulan dah ditolak RM1,500 harga barangan terpakai,” katanya melalui video itu.

Namun, hasil perkongsian itu mendapat reaksi yang berbeza-beza dalam kalangan pengguna media sosial yang lain kerana dikhuatiri pokok keladi itu mati.

“Beli pokok RM2,000 lepas itu mati, siapa nak jawab,” ujar pengguna @Doubledaniel.

“Emas terdesak boleh terus jual kalau pokok kena cari orang, terpaksa tunggu lagi. Duit banyak mana pun takkan pernah cukup,” komen pengguna @Ayieyie_Perl.

“Pokok-pokok ini ada peminat tersendiri sebab perasaan jaga pokok lain, hobi setiap orang tidak sama, itu pun asyik nak perli,” kata @Marwani2111.

Jelas wanita pencinta pokok keladi itu, duit hasil keuntungan menjual anak pokok keladi boleh dilaburkan di tempat lain seperti pelaburan emas.

Tambah beliau, ini bagi memastikan kewangan stabil serta menghentikan kegusaran pengguna media sosial yang lain berkenaan isu pokok keladi mati.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI