Gambar menunjukkan pemandangan Teluk Morro yang terletak antara San Jose dan Los Angeles. - Getty Images

Peluncur ombak maut diserang jerung di California

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TELUK MORRO, CALIFORNIA – Seorang peluncur lelaki maut selepas diserang oleh seekor jerung di Teluk Morro, California pada malam sambutan Hari Krismas, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Polis tempatan berkata, mereka menerima aduan bahawa lelakiĀ  ‘tidak menunjukkan tanda-tanda bernyawa selepas dia ditarik keluar dari dalam air’ di Teluk Morro Jumaat lalu.

Mangsa dipercayai merupakan seorang pemain sukan papan luncur berusia 31 tahun.

LelakiĀ  yang belum dikenal pasti identitinya itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan siasatan sedang dijalankan.

Pengunjung pantai telah diarah supaya tidak berada di dalam air selama 24 jam selepas kejadian itu.

Teluk Morro terletak kira-kira separuh perjalananĀ  diĀ  antara San Jose dan Los Angeles.

ā€œIa satu kemalangan yang mengerikan.

“Mujur, cuaca dan angin telah ‘mengganggu’ ombak laut dan menyebabkan tidak ramai peluncur di situ. Kami telah menutup perairan untuk keselamatan,” kata pengarah peronda pelabuhan tempatan, Eric Endersby.

Terdapat beberapa serangan jerung di kawasan itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi ia dipercayai kematian pertamaĀ  sejak 2003. – AgensiĀ 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

Ā 

TERKINI

BERITA BERKAITAN