fbpx

Permudah proses agihan wang ihsan mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMINUDDIN ketika sidang akhbar di PKTK Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam hari ini. -Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) telah menyalurkan peruntukan Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada setiap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dan Daerah (JPBD) bagi tujuan agihan.

Ketua Pengarah Nadma, Datuk Dr. Aminuddin Hassim berkata, JPBP telah mengarahkan pihak negeri dan daerah untuk menyegerakan penyaluran BWI kepada mangsa yang terjejas dan memudahkan proses agihan.

“Semua agensi-agensi persekutuan juga telah diminta untuk berbincang dengan JPBN dan JPBD bagi membantu tindakan pasca bencana di kawasan-kawasan yang terkesan,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Kawalan Operasi Bencana Taman Sri Muda di sini hari ini.

Aminuddin berkata, selain bantuan pembersihan kediaman dan tempat awam, aktiviti pembersihan sekolah yang digunakan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) perlu dilakukan segera memandangkan sesi persekolahan akan bermula tidak lama lagi.

Menurut beliau, aktiviti pasca bencana juga melibatkan tindakan pemulihan perkhidmatan asas seperti bekalan air, bekalan elektrik, telekomunikasi, sisa pepejal dan perkhidmatan pembentungan.

Kata beliau, tindakan segera turut melibatkan pembaikan kediaman, jambatan dan infrastruktur awam.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak 44 lokasi tanah runtuh telah dikesan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan sedang mengambil tindakan sewajarnya bersama Jabatan Kerja Raya dan Lembaga Lebuh Raya Malaysia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI