fbpx

Mangsa ribut Ipoh dapat bantuan RM1,300

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa penduduk Kampung Tawas melihat keadaan rumah mereka yang rosak dalam kejadian ribut petang semalam.

IPOH – Bantuan segera sebanyak RM300 akan diagihkan pada setiap penduduk yang terjejas ribut semalam bagi memperbaiki kerosakan rumah.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, bantuan ehsan itu akan diserahkan kepada penduduk terlibat hari ini melibatkan jumlah keseluruhannya RM65,000.

Menurutnya, fokus ketika ini ialah untuk membaiki bumbung rumah yang rosak atau yang diterbangkan angin kerana bimbang jika hujan.

“Bantuan ehsan akan dibayar melalui Pejabat Daerah petang ini,” katanya kepada pemberita ketika melawat kawasan yang dilanda ribut di Klebang di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Tugas-tugas Khas), Datuk Mastura Mohd. Yazid.

Secara keseluruhan sebanyak 219 buah rumah terjejas iaitu 30 rumah di Desa Seri Chepor, Kampung Tawas dan Kampung Tasek Damai (49), Klebang (30) dan Taman Desa Impian (110).

Menurut Saarani, kerajaan negeri telah mengenal pasti kontraktor yang akan dilantik untuk membaiki kerosakan segera memandangkan esok dan Rabu merupakan cuti umum Tahun Baharu Cina.

Dalam pada itu, penduduk terjejas ribut juga akan menerima bantuan sebanyak RM1,000 daripada kerajaan Persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Bancian akan dilakukan oleh Pejabat Daerah untuk menyediakan senarai penduduk yang terjejas ribut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI