fbpx

Percutian dirancang enam bulan lalu – Aliff Syukri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALIFF berkongsi aktiviti sumbangan yang diuruskan oleh kakitangan biarpun dia kini berada di Turki untuk bercuti.

PETALING JAYA – Hairan dengan sikap segelintir netizen yang gemar mencari kesalahannya gara-gara berkongsi gambar percutian di luar negara, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri tampil meluahkan perasaan.

Aliff, 34, pelik mengapa dia dijadikan sasaran oleh netizen yang tidak berpuas hati dengannya disebabkan kini sedang menikmati percutian di Turki ketika negara dilanda banjir besar.

Sedangkan jawab Aliff, percutiannya bersama keluarga sudah dirancang enam bulan lebih awal sebelum negara dilanda bencana banjir.

Malah katanya, sama seperti orang lain, dia juga diduga dengan musibah tersebut sehingga mengalami kerugian kerana resort miliknya di Janda Baik, Pahang musnah dibawa arus deras banjir.

“Kenapa saya sering dikecam? Dugaan saya bercuti. Ramai yang tak puas hati dan mengutuk saya satu Malaysia gara-gara percutian di luar negara yang dirancang enam bulan awal sebelum bencana banjir di Malaysia.

“Kalian tahu tak? Bisnes saya juga terjejas. Resort saya rugi ratusan ribu. Saya tak nak kongsi apa yang saya buat dan bantu. Nanti kalian cakap riak dan menunjuk,” tulisnya dalam satu hantaran Instagram.

Menerusi perkongsian tersebut, usahawan itu memuat naik sebuah video memaparkan beberapa kakitangannya membeli dan menyediakan barangan keperluan untuk disalurkan kepada penerima.

Pun begitu, Aliff berkata, meskipun dirinya berada di luar negara, dia tetap terlibat dengan menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir melalui wakil pekerjanya.

“Saya pelik kenapa saya dikecam dan dihina. Seolah-olah saya ini langsung tidak ada menolong rakyat Malaysia. Sebenarnya saya dah banyak bantu orang, tapi tak kongsi dalam media sosial.

“Hari ini saya nak kongsi, walaupun saya kini berada di luar negara, tapi saya tetap bantu mangsa banjir. Jadi, tolonglah hentikan menghina saya. Saya dah tua, taknak kontroversi murahan. Doakan apa yang saya lakukan ini boleh membantu anda,” ujarnya lagi.

Beberapa hari lalu, Aliff dikecam netizen kerana berkongsi gambar percutian di luar negara sekali gus menimbulkan rasa kurang senang ramai pihak.

Netizen mendakwa, usahawan itu tidak menjaga sensitiviti ramai terutama mangsa banjir yang berdepan dugaan besar apabila terlibat dalam banjir yang menenggelamkan kediaman mereka selain kehilang harta benda dan lebih menyedihkan, ada yang terkorban nyawa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI