fbpx

Minamino puji cara Klopp ‘jaga’ pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MINAMINO mengakui Klopp berjaya mengekalkan motivasi dan memberikan peluang yang adil kepada semua pemain. – AFP

LONDON – Bintang Jepun, Takumi Minamino cukup mengagumi pendekatan Jurgen Klopp dalam memastikan pemain kekal berada dalam motivasi terbaik.

Walaupun kurang mendapat minit permainan berbanding pemain lain, Minamino tetap menghargai setiap peluang yang diberikan Klopp khususnya dalam saingan Piala Liga.

“Saya memperoleh banyak minit permainan di Piala Liga dan pastinya itu adalah peluang terbaik buat saya. Ia peluang untuk saya menunjukkan apa yang saya mampu lakukan dan membuktikan kualiti.

“Pengurus sentiasa cuba kekalkan motivasi pemain di tahap tertinggi. Ketika saya tidak bermain, dia sentiasa bercakap dengan saya dan bantu kekalkan motivasi saya.

“Dia (Klopp) cukup adil dengan setiap pemain. Saya sangat menga­gumi kemahirannya dalam bidang pengurusan,” kata Minamino.

Sejak menyertai The Reds, Minamino masih lagi bergelut untuk menempatkan dirinya dalam kesebelasan utama yang didominasi oleh Mohamaed Salah dan Sadio Mane.

Setakat ini, Minamino belum lagi membuat penampilan dalam kesebelasan utama di Liga Perdana Inggeris dan hanya membuat enam penampilan sebagai pemain gantian.

Malah, Minamino juga mahu menjadikan situasinya yang jarang diturunkan sebagai penyuntik motivasi untuk tampil lebih baik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI