fbpx

Ramai terharu pemuda berbangsa India bersihkan surau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan beberapa pemuda sedang membersihkan sebuah masjid di Klang.

PETALING JAYA – Tindakan sekumpulan pemuda berbangsa India dipercayai daripada Team Pemuda Selayang (TPS) membersihkan surau serta masjid akibat banjir di Pulau Indah, Klang mendapat pujian orang ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh Rejean Kumar di laman sosial menunjukkan kumpulan pemuda itu membersihkan lantai di sebuah masjid.

Lebih membanggakan, tanpa ada rasa perbezaan kaum dan agama, kesemua sukarelawan dilihat bersungguh-sungguh membersihkan kawasan berkenaan.

Susulan perkongsian tersebut rata-rata membuatkan orang ramai terharu dengan inisiatif mereka.

“Baik hati dan mulia tidak kira bangsa, kekalkan macam ini,” kata Azzahra.

“Antara momen yang membanggakan, terima kasih saudara,” tulis Musliyadi.

“Hikmah di sebalik kejadian, nampak rakyat Malaysia bersatu hati,” ujar Malin. K!ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN