fbpx

Pembahagian harta pusaka, anggota polis cedera dipukul abang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi mangsa yang cedera dipukul oleh abangnya dengan sebatang kayu di kawasan rumah arwah ibunya di Kampung Kota, Kota Bharu minggu lalu. FOTO ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Seorang anggota polis berpangkat koperal cedera pada bahagian kepala selepas dipukul abangnya yang dipercayai tidak berpuas hati dengan pembahagian harta pusaka arwah ibu mereka dalam kejadian di Kampung Kota di sini minggu lalu.

Kejadian kira-kira pukul 6.15 petang pada Rabu lalu itu menyebabkan kepala mangsa yang berusia 41 tahun dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur menerima sembilan jahitan akibat dipukul dengan sebatang kayu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku semasa anggota polis itu dan kakaknya berada kawasan rumah arwah ibu mereka.

Menurutnya, bagaimanapun, empat lelaki yang dipercayai mempunyai pertalian persaudaraan dengan mereka dua beradik dipercayai telah memarahi mangsa.

“Salah seorang suspek yang juga abang mangsa telah memukul kepala anggota polis itu dengan sebatang kayu.

“Insiden itu menyebabkan kepala mangsa luka, namun dia masih sedar. Kakak mangsa terus menghubungi Balai Polis Pengkalan Chepa untuk melaporkan mengenai kejadian itu,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI