fbpx

Diaz berjaya pikat perhatian Klopp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIAZ berjaya menarik minat beberapa pasukan gergasi Eropah termasuk Liverpool ekoran prestasi baik yang dipamer setakat musim ini. – AFP

LONDON – Liverpool dilapor­kan mengenal pasti pemain sayap FC Porto, Luis Diaz sebagai sasaran berpotensi untuk dibeli pada jendela perpindahan Januari nanti.

Kehadiran pemain baharu penting buat Liverpool yang bakal kehilangan beberapa pemain utama yang akan menyertai saingan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) selain mereka juga mula dilanda krisis kecede­raan ketika ini.

Biarpun krisis penularan Covid-19 dengan varian Omicron dilihat semakin memberi ancaman, saingan AFCON tetap diteruskan menyebabkan The Reds bakal kehilangan dua bintang mereka, Mohamed Salah dan Sadio Mane sehingga sai­ngan berakhir pada 6 Februari.

Situasi itu menyebabkan Jur­gen Klopp menghantar pasukan pencari bakatnya ke Portugal untuk menilai aksi Diaz yang dianggap sebagai jelmaan ‘Cristiano Ronaldo’ oleh para peminat bola sepak dari negara asalnya, Colombia.

Pemain berusia 24 tahun itu menyertai Porto pada 2019 dan berjaya mempamerkan aksi cemerlang musim ini dengan meledak 14 gol dalam semua kejohanan termasuk 12 gol daripada 15 aksi Liga Primeira Portugal.

Bagaimanapun, Liverpool bukanlah satu-satunya pasukan yang meminati Diaz sebaliknya Manchester United dan Bayern Munich turut memantau secara dekat perkembangan pemain berkenaan.

Menandatangani pemain seperti Diaz amat penting buat Liverpool bagi memenu­hi ­keinginan Salah yang mahu pasukan itu terus ditambah baik sebagai salah satu syarat untuk dia terus kekal di Anfield selain mahu kontrak baharu yang lebih lumayan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI