fbpx

SPM PRO+ bantu pelajar era Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PROGRAM pendidikan terbaharu daripada Astro, SPM PRO+ bersiaran selama 180 episod.

SEJAK dahulu, Astro sentiasa komited dalam menyajikan kandungan pendidikan yang segar dan menghiburkan sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Antara siri kegemaran ramai adalah Oh My English dan SMK Study Squad yang dinikmati oleh semua peringkat umur.

Kini, Astro yang dianggap sebagai salah satu pemain utama industri yang sentiasa menzahirkan sajian kandungan pendidikan segar dan berinovatif kembali dengan sajian terbaharu.

Stesen televisyen tersebut membawakan SPM PRO+ yang merupakan siri pendidikan berbentuk ‘edutainment’ menerusi saluran Astro Tutor (603) dari Isnin hingga Sabtu pada pukul 9 malam.

Siri berkenaan merangkumi semua mata pelajaran teras dengan setiap satunya mengikut format Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang terkini.

Pandemik menggugat

Menurut Penolong Naib Presiden, Penciptaan Kandungan-GenNext Studio Astro, Yasmin Yahya, pandemik membuatkan sesi pembelajaran semakin mencabar dalam kalangan pelajar sekolah.

Cabaran paling dirasai oleh mereka yang berdepan peperiksaan penting seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Oleh itu, dalam usaha membantu mereka, kami mencipta kandungan baharu bertujuan mengurangkan tekanan pelajar semasa menghadapi peperiksaan.

“Menerusi rancangan baharu ini, kami mengumpulkan pasukan ‘pro’ yang terdiri daripada tutor muda dan popular yang boleh menjadikan sesi pembelajaran lebih menyeronokkan, namun pada masa sama kekal bermanfaat,” katanya.

TIGA tutor muda dan popular iaitu (dari kiri) Sir Iqbal, Sir Ifwat dan Sir Syahmi berperanan dalam perkongsian ilmu buat pelajar.

Mereka yang memasuki barisan tutor ialah Iqbal Ahyar, Ifwat Rosdi, Syahmi Azizi, Syuhadak Seplee, Maryam Khan, Farez Atan dan PU Azman.

Siri SPM PRO+ mengandungi 180 episod dengan setiap satunya berdurasi selama tujuh minit tayangan.

Sementara itu kata Penolong Naib Presiden Kandungan Asal Astro, Edison Cheam, selain video, SPM PRO+ turut menawarkan kandungan pendidikan 360 darjah (secara menyeluruh) dalam talian.

“Pelajar boleh mengakses nota ringkas tambahan, soalan latihan dan video lain dalam Upped menerusi pautan www.upped.com.my, portal pendidikan Astro secara percuma.

“Laman web ini memuat naik rujukan terkini subjek-subjek yang disiarkan dalam SPM PRO+ termasuklah yang tidak diliputi. Contohnya subjek Kimia, Fizik, Biologi, Ekonomi, Perakaunan, Perniagaan dan Matematik Tambahan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN