fbpx

Laluan Plaza Tol Shah Alam berhampiran Bukit Jelutong telah dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Pengguna Lebuh Raya Utara Selatan menghala masuk dan keluar ke Plaza Tol Shah Alam berhampiran Bukit Jelutong sudah boleh menarik nafas lega apabila ia sudah mula boleh dilalui.

Menerusi ciapan Plusline pada pukul 10.44 pagi tadi, laluan lorong tengah lebuh raya terbabit telah dibuka dengan keadaan aliran trafik dikatakan berada dalam keadaan terkawal.

“10:44hrs Status terkini lorong tengah telah dibuka. Trafik terkawal. Pandu cermat,” katanya.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis turut memaklumkan laluan di lebuh raya terbabit telah dibuka untuk semua kenderaan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI