fbpx

Jokowi lega vaksinasi kanak-kanak 6 hingga 11 tahun capai 1 juta dos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Presiden Joko Widodo menyaksikan seorang kanak-kanak menerima vaksin Covid-19 di Jakarta pada 15 November lalu. - ANTARA/Sigid Kurniawan

JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) memaklumkan bahawa pemberian vaksin Covid-19 yang pantas kepada kanak-kanak berusia 6 hingga 11 tahun sudah mencecah satu juta dos, lapor saluran berita Liputan6 hari ini.

‘’Hari ini (semalam), satu juta dos vaksin telah disuntik kepada kanak-kanak berusia 6 hingga 11 tahun. Kepantasan yang sangat baik. Alhamdulillah,’’ kata Jokowi semasa berucap pada Pembukaan Muktamar Nahdlatul Ulama (NU) Ke-34 yang disiarkan di saluran Youtube ‘Sekretariat Presiden’.

‘’Ini adalah kerja yang sangat rumit dan kompleks termasuk keperluan membawa bekalan vaksin di dalam kotak penyejuk ke tempat yang sangat sukar di pegunungan dan pulau-pulau kecil menggunakan bot serta motosikal,’’ jelasnya.  

Daripada jumlah keseluruhan 263 juta suntikan di Indonesia, 73.9 peratus adalah dos pertama manakala suntikan dos kedua mencecah 51.8 peratus.

‘’Kami berharap segera dapat mengejar angka 70 peratus bagi suntikan dos kedua supaya wabak ini tidak berebak ke mana-mana lagi,’’ tambahnya.

Pada sisi lain, Jokowi mengingatkan semua pihak agar terus berwaspada khususnya terhadap varian Omicron Covid-19 dengan sejumlah 83,000 kes dicatatkan di seluruh dunia, termasuk Indonesia.

Menerusi pemberian vaksin untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 11 tahun yang dijalankan secara berperingkat, fasa pertama akan dijalankan di daerah dengan kriteria perlindungan vaksinasi satu dos melebihi 70 peratus dan lebih 60 peratus untuk warga emas.

Berdasarkan data, sebanyak 8.8 juta penduduk dari 108 daerah telah memenuhi kriteria tersebut. 

Sebanyak 6.4 juta dos vaksin Sinovac akan digunakan sehingga akhir Disember 2021 dan pada tahun 2022. Menurut perancangan, 58.7 juta dos vaksin untuk 26.5 juta kanak-kanak berumur 6 hingga 11 tahun diperlukan – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI