fbpx

Uyaina, Syahiran sah jadi suami isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dengan hanya sekali lafaz, pelakon dan juga pengacara Uyaina Arshad sah bergelar isteri kepada penyanyi, Raja Syahiran dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Kuala Lumpur sekitar pukul 9.03 pagi tadi selepas dua tahun menjalinkan hubungan cinta.

Dalam majlis tersebut, Uyaina atau nama lengkapnyaSaidatul Naseha Uyaina Arshad, 29, telah dinikahkan oleh abang kandungnya, Mohd Attaful Uzair Arshad bersaksikan Pendaftar Penikahan Perceraian dan Rujuk Orang Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan, Mohd Abd Nasir Abdullah dan dua orang saksi.

Bercakap kepada media, pelakon drama Love Elsa itu melahirkan rasa syukur apabila majlis pernikahannya berjalan dengan lancar selepas menempuh pelbagai dugaan sebelum ini.

“Alhamdulillah. Majlis pernikahan kami berjalan dengan lancar pada hari ini. Sebenarnya kami sudah merancang pernikahan ini sejak beberapa bulan lalu namun banyak pertukaran dari segi perancangan majlis.

“Ia berikutan prosedur operasi standard (SOP) yang cepat berubah dan terkini. Selain itu, kejadian banjir terburuk yang berlaku pada dua hari sebelum nikah turut memberi cabaran kepada kami,” katanya.

Dalam majlis pernikahan tersebut, Syahiran Raja Azhanrianshah, 28, telah menyerahkan mas kahwin berbentuk sebentuk cincin dan gelang tangan emas buat Uyaina.

Tiada pertukaran dulang hantaran antara kedua belah pihak. Manakala jumlah wang hantaran pula dirahsiakan atas persetujuan kedua belah keluarga.

Majlis akad nikah mereka dihadiri keluarga dan rakan terdekat sahaja seramai 100 orang dan mereka masih belum merancang untuk melangsungkan majlis resepsi.

Dalam pada itu, pasangan ini memilih Eropah sebagai destinasi bulan madu mereka namun terpaksa menangguhkan hasrat tersebut disebabkan penularan wabak varian baru Covid-19.

“Jadi buat masa ini, kami bercadang untuk melawat keluarga dan saudara mara yang tidak dapat menghadiri majlis pernikahan untuk memperkenalkan satu sama lain dengan keluarga besar masing-masing,” ujarnya.

Memilih #URS sebagai tanda pagar rasmi walimatulurus mereka, yang merupakan akronim Uyaina Raja Syahiran dan juga merupakan singkatan bagi perkataan ‘Yours,’ dengan sebutan yang sama.

Selain itu, #HinggaAkhirWaktu juga menjadi tanda pagar pilihan pasangan ini disebabkan oleh lagu yang dicipta oleh Syahiran bersama Uyaina dan dihadiahkan buat Ummi kepada aktres itu, Siti Noor Farah.

Muzik video lagu #HinggaAkhirWaktu ini akan dilancarkan pada Januari tahun hadapan.

Pasangan selebriti ini mula berkenalan pada awal 2019 di sebuah program terbitan Astro dan Uyaina menerima rombangan merisik keluarga Syahiran pada Julai tahun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI