fbpx

Suami pasang CCTV pantau keselamatan isteri terkejut tonton kecurangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Selepas diselidik, Jichang mendapat tahu bahawa kedua-dua mereka sebenarnya telah mempunyai hubungan sulit selama tujuh tahun. – Freepik

BEIJING – Gara-gara memasang sistem televisyen litar tertutup (CCTV) demi memantau keselamatan isterinya, luluh hati seorang suami apabila mendapat tahu bahawa isteri tercinta curang dengan lelaki lain semasa ketiadaannya, lapor laman berita Berita Hits hari ini.

Lelaki tersebut, Peng Jichang  yang berasal dari bandar Wuhan, China  telah berkahwin dengan isterinya selama lima tahun.

Disebabkan corak pekerjaan Jichang yang sering bertugas di luar kawasan, dia membuat keputusan untuk memasang CCTV bagi memantau keselamatan isterinya dan sebagai menghilangkan rasa rindu.

Pada suatu hari, ketika Jichang memeriksa rakaman CCTV menerusi telefon bimbitnya, dia terkejut melihat isterinya membawa pulang lelaki lain dan melakukan hubungan intim dengan lelaki tersebut di pelbagai sudut di dalam rumah mereka.

Selepas diselidiki, Jichang mendapat tahu bahawa kedua-dua mereka sebenarnya telah mempunyai hubungan sulit selama tujuh tahun, iaitu sebelum dia mengahwini wanita berkenaan.

Disebabkan berasa kecewa, Jichang akhirnya membuat keputusan untuk menceraikan isterinya kerana wanita itu tidak menunjukkan rasa menyesal selepas melakukan perbuatan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI